SELAMAT DATANG KE LAMAN
TOPUP TERBAIK
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam
buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih diatas
kunjungan anda ke laman sesawang ini.
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat kami melancarkan laman
sesawang ini serta membuka peluang kepada setiap individu bagi menceburi
industri perniagaan telekomunikasi prabayar di Malaysia ini.
Laman
sesawang ini diwujudkan untuk menjadi pentas maklum balas dan penjana
maklumat kepada rakan-rakan niaga atau individu yang berminat untuk
bersama-sama menjana pendapatan dalam industri telekomunikasi.
Bersesuaian dengan cabaran dan perkembangan perniagaan semasa, amatlah
wajar bagi kami untuk merangka pendekatan dan strategi perniagaan bagi
memastikan kelangsungan peranan sebagai syarikat yang memberi peluang
perniagaan kepada anda.
TopupTerbaik merupakan Reseller yang berdaftar dengan AngkaT TopuP! yang diterajui GHL JAYA ENTERPRISE yang memperkenalkan jenama AngkaT TopuP dipasaran
dengan rangkaian perkhidmatan Server E-Reload di kedai-kedai runcit dan
individu. Kota Bharu, Kelantan adalah lokasi di mana terletaknya
pejabat urusan kami yang merupakan tapak kami beroperasi.
GHL
Jaya Enterprise adalah syarikat berstatus bumiputra dan berdaftar
dibawah Suruhanjaya Syarikat dan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami
adalah "Dealer" sah yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi Celcom,
Digi & Maxis. Kini, kami berkelayakan untuk membuka peluang kepada
anda untuk menceburi perniagaan produk tambah nilai prabayar.
Syarikat
kami mempunyai kelebihan dan kelainan yang tersendiri. Penglibatan
syarikat kami yang menjangkau masa lebih 10 tahun membolehkan kami
memahami setiap keperluan dan permintaan rakan niaga, untuk kini dan di
masa akan datang. GHL Jaya Enterprise memberikan komitmen sepenuhnya
demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik, secara professional,
berkepakaran dan berteknologi.
Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan niaga yang merealisasikan segalanya bersama GHL Jaya Enterprise.

